wanita syurga bidadari dunia

Wednesday, 1 January 2014

MUSLIMAH :)

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...
Salam Cinta,Salam Rindu Salam Ukhwah..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang..

okayy "MUSLIMAH"..terasa diri ni nak mengupdate tentang muslimah..memang kita biasa dengar kan..tapi just nak berkongsi serba sedikit sebagai tatapan buat kita semua..

Wanita ni umpama plastik gula-gula..jika dibiarkan terbuka maka semut-semut akan datang merosakkan gula-gula..seperti juga wanita..Jadi pastinya kita akan menjaga maruah kita dengan sebaik mungkin..
Biasa kita dengar.."ishhh dia tu sombong nyerrr"...jangan pernah salahkan perempuan kalau mereka sombong kerana mereka lebih manis jika mendapat gelaran 'JUAL MAHAL' daripada    'PEREMPUAN MURAHAN'.




'Wahai mawar peliharalah kelopak-kelopakmu dengan sebaik mungkin agar wangiannya tidak hilang dan dapat dihidu oleh pemilik taman hati yang ikhlas kepadamu'

Jagalah dirimu dengan sebaik-baiknya wahai muslimah..berpeganglah pada prinsip islami..Islam tidak pernah menghukum..sedangkan itu sudah fitrah..ALLAH telah berjanji Lelaki yang baik untuk Perempuan yang baik..Perempuan yang baik adalah untuk Lelaki yang baik..inshaALLAH..ALLAH Maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya..Banyakkan berdoa padanya..mintalah padanya yang maha Pengasih..Allah adalah cinta yang agung..

Kadang-kadang terasa diri ini begitu cemburu..sangat cemburu dengan wanita-wanita yang lain..KENAPA?? bukan kerana wajahnya yang cantik..tetapi..cemburu melihat orang yang lebih baik daripada kita..Bukan cemburu yang boleh mendatangkan amarah..tetapi cemburu yang boleh mengubah kita untuk menjadi yang lebih baik lagi..





"Perempuan ini mahal,maka mahalkanlah dirimu"
Mahal disini bukan bermaksud kita PERLU jalan tunduk bawah dan langsung tidak bercakap dengan lelaki. Boleh selagi tidak langgar syara' dan bercakap atas sebab PERLU.

"PERLU itu pula sangat berbeza dengan MAHU" 


OK nak share sikit..Moga bermanfaat..

Wahai kakakku kenapa lemah sungguh kaum hawa itu asyik bertemankan tangisan dan sendu sahaja.?

Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
Tetapi disitulah wahai adikku
Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki 
Menjadi 'izzah yang paling gah
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunya
Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun 

Duhai adikku
Lembut wanita bukan lemah
Tetapi Senjata

"Perempuan kekuatannya adalah kesabaran,Jika kesabarannya hilang,Pasti dia akan marah.Jika marah dia pendam,pasti diaa akan menangis." 


Namun wahai kakakku,wanita itu fitnah dunia.

Pernahkah adik dengar
Pesanan Ilahi pada hambaNYA?
"Wahai lelaki2 yang beriman,
Tundukkanlah pandanganmu dan Tutupkanlah auratmu."

Pada siapakah dahulu ALLAH sampaikan pesanannya?
Pada hamba yang bergelar ar-rijal 
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
Maka tidak akan mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya

& Tidaklah ALLAH lupakan pesanan buat wanita 
Agar memelihara auratnya
Kerana disitulah kehormatannya
Bukan fitnah semata-mata.
Jikalau ar-rijal dan an nisa sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu

Sesungguhnya wanita yang beriman dan solehah itu
Lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

Tetapi kakakku kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu? 

Wahai adikku sayang
Al Haya'(sifat malu)
Ada  dalam diri setiap insan
Wujudnya seiring dengan nafas insani
& al haya' itulah pakaian iman
Pada diri wanita itu,indah al haya' , sebagai pembenteng diri

Namun
Bila mana al haya' itu lebur
Imannya runtuh
Kenapa mereka merelakan diri mereka menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid
Merasakan diri belum cukup menarik
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi

Namun adikku
Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka
Dari perbuatan murahan itu

Wahai adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
Pandai2 lah engkau menilai
Antara permata dan debu-debu kilauan pasir

Wahai adikku
Janganlah adik gusar
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu 
& janganlah engkau sesekali merendahkan dirimu
Menggugurkan diri..menyembah tanah...
Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatmu.


SEKIAN Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..
#feelinglove* #aqilahosman#

WANITA (^_^)


Sabda Rasulullah s.a.w :



Dunia adalah perhiasan. Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
(Hadith Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. dan Islam mengangkat darjat dan nilai wanita yang solehah. Dengan sifat solehah itu, wanita menjadi mahal dan mulia. Bukan sebarangan harta, tetapi sebaik-baik harta. Dalam kata lain, tidak ternilai.

Semakin jauh seorang hamba daripada Allah dan Islam, semakin tidak bernilai hamba itu. Semakin dekat seorang hamba itu kepada Allah dan Islam, semakin bernilai dan tinggi darjat hamba itu.

Maka, wanita yang lebih dekat kepada Allah dan Islam, lebih bernilai dan mulia wanita itu.

Wanita yang mahal dan mulia pada pandangan Islam ialah wanita yang tidak meletakkan darjat dan kemuliaannya pada wang dan harta, tetapi pada iman dan kasih suci dalam hati, perkataan dan perlakuannya.

Kalau diletakkan nilai dirinya pada wang, wang sukar diurus, akan hilang dan habis.

Kalau diletakkan pada iman dan kasih suci dalam hati, perkataan dan perlakuannya, ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga Allah. InsyaAllah.


Dengan sifat solehah itulah wanita menjadi mulia.
Auratnya kan tidak terdedah murah.
Akhlaknya kan sopan tidak mudah berubah.
Prinsipnya kan kuat tidak tergugah.

Kerana iman yang mengikat,
membuatkan seorang wanita itu menjadi hebat.

Ingin menjadi
muslimah sejati itu susah..
mukminah tambah susah..
mujahidah juga payah..

Namun, susah-payah itu takkan diendah
akan digagahi, akan ditabahi
demi solehah, demi Allah
kerna akhir pasti indah.


19 Hadith mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Semoga memberi manfaat dan pengetahuan kepada kita semua..in sha Allah :)

Alhamdulillah# aqilahosman ;) <3