wanita syurga bidadari dunia

Wednesday, 1 January 2014

WANITA (^_^)


Sabda Rasulullah s.a.w :



Dunia adalah perhiasan. Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
(Hadith Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. dan Islam mengangkat darjat dan nilai wanita yang solehah. Dengan sifat solehah itu, wanita menjadi mahal dan mulia. Bukan sebarangan harta, tetapi sebaik-baik harta. Dalam kata lain, tidak ternilai.

Semakin jauh seorang hamba daripada Allah dan Islam, semakin tidak bernilai hamba itu. Semakin dekat seorang hamba itu kepada Allah dan Islam, semakin bernilai dan tinggi darjat hamba itu.

Maka, wanita yang lebih dekat kepada Allah dan Islam, lebih bernilai dan mulia wanita itu.

Wanita yang mahal dan mulia pada pandangan Islam ialah wanita yang tidak meletakkan darjat dan kemuliaannya pada wang dan harta, tetapi pada iman dan kasih suci dalam hati, perkataan dan perlakuannya.

Kalau diletakkan nilai dirinya pada wang, wang sukar diurus, akan hilang dan habis.

Kalau diletakkan pada iman dan kasih suci dalam hati, perkataan dan perlakuannya, ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga Allah. InsyaAllah.


Dengan sifat solehah itulah wanita menjadi mulia.
Auratnya kan tidak terdedah murah.
Akhlaknya kan sopan tidak mudah berubah.
Prinsipnya kan kuat tidak tergugah.

Kerana iman yang mengikat,
membuatkan seorang wanita itu menjadi hebat.

Ingin menjadi
muslimah sejati itu susah..
mukminah tambah susah..
mujahidah juga payah..

Namun, susah-payah itu takkan diendah
akan digagahi, akan ditabahi
demi solehah, demi Allah
kerna akhir pasti indah.


19 Hadith mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Semoga memberi manfaat dan pengetahuan kepada kita semua..in sha Allah :)

Alhamdulillah# aqilahosman ;) <3 

No comments:

Post a Comment